SSA56: EMENTORS (Electronic Mentor-Mentee Engagement Reporting System)

Azlan Bin Ramli Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

iRISE23 | Professional (Social Science)

CR: 0.0000 | 0 Likes | 72 Views | 172 times | LS: 172.0
Like it? | Support them now!

EMENTORS ialah sebuah sistem elektronik untuk menyelaras dan memperkemas program pementoran dan berupaya meningkatkan komunikasi antara mentor dan menti dan merupakan platform yang mesra pengguna serta komprehensif untuk memantau kemajuan, menetapkan matlamat, menerima maklum balas dari mentor secara langsung dan mengakses sumber rujukan program dengan ciri yang mudah digunakan. Ia berupaya menyediakan pelaporan serta data analitik yang diperlukan oleh penyelaras program untuk menilai kejayaan program, mengenal pasti tren serta corak laporan dan maklumbalas serta mengenal pasti ruang program yang perlu diperbaiki. Proses dan kaedah pelaporan yang memakan masa serta berasaskan salinan cetak memerlukan banyak masa dan usaha untuk menyusun dan menganalisis maklumat. eMENTORS berupaya mengautomasi proses ini dan menjadikannya lebih efisien, yang membolehkan mentor memberi tumpuan untuk memberikan sokongan dan bimbingan kepada menti. eMENTORS dapat menyediakan repositori maklumat berpusat yang dapat diakses oleh semua pihak yang berkepentingan, termasuk laporan kemajuan, tujuan program serta maklum balas mentor dan menti. Dengan pelaporan secara digital, eMENTORS menjamin keselamatan data dengan memastikan keselamatan dan integriti data melalui ciri seperti penyulitan data dan kawalan akses. Pelaporan melalui eMENTORS adalah secara real-time yang membolehkan mentor dan menti mengakses, melapor dan mengemas kini kemajuan program dalam real-time, yang membolehkan maklum balas dan sokongan yang lebih tepat. Dalam menganalisis data, eMENTORS dapat mengumpul dan menganalisis data mengenai hubungan pementoran serta memberikan pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan program. eMENTORS dapat diakses dari mana saja, memudahkan mentor dan menti untuk menulis laporan mereka iaitu ia mempunyai kebolehcapaian yang mudah, pantas, selamat dan tepat. eMENTORS mempunyai potensi komersial yang signifikan dalam pelbagai industri dan telah didaftar hakcipta melalui MyIPO: CRLY2023Q0113.